Aku kembali pada job asal aku, jd PA pd mem besar. tapi kalut gak aku minggu lepas. turun naik PPD kota bharu sbb nk renew aku punya kontrak. tapi nk kena tunggu approve dr JPN dulu, klu diorg ada budget nk bayar gaji aku baru la aku dpt ngaja balik. Ada satu co.audit yg suruh aku anta resume kat diorg, tapi rs segan la plak sbb kat situ aini n ah keje. aku ni dh lama xtgk akaun n buat audit, adoiiii.
Ari jumaat lepas aku n aini decided to go holiday. Aini punya suggestion la ni. malam jumaat tu dia anta msg tanya aku xnak g mana2 ke ari jumaat, sbb dia xbalik umah kat Tumpat weekend tu. last2 aku suggest g KT je la. nk jln kat KB dah bosan. mcm la KT tu ada yg spesel. hahaha... ktorg pon buat la plan, tido kat KT semalaman, pagi sabtu cabut sbb aini ada meeting plak pkl 11pg, tp dia janji ngan bos pkl 10.
Mula2 aku call tourist guide aku kat KT, Ayu. nasib baik dia xbalik dungun. pagi2 bute lg aku g ambik aini kat umah sewa dia n kami brtolak dekat2 pkl 8pg kot. sampai KT dlm pkl 9.45 gitu. aku call la ayu, tapi makcik tu angkat hp dia. aku n aini xtau nk g mana, dah la perut lapo. tensen jap aku. k cari kedai makan xtau kedai mana yg best. pikir punya pikir kami on g la umah Zack kat flat polis. tunggu plak makcik tu, adoii lama benor dia brsiap. perut aku n aini mmg dh brkeroncong nyanyi lagu mcm2 dh. ktorg beli la kueh2 kat bwh flat tu n naik mkn kat umah zack.
Ni la tourist guide aku kat KT, K.nana n Ayu.
Zack joint kitorg jln2 pagi tu. k.nana bawak ktorg naik bot tambang. bayar rm2 sorang, mmg xder keje naik bot tu. kejap jer, tak sampai 15minit. bot tu sebenarnya bot pengangkutan utk penduduk kat kampung seberang, xingt plak aku nama tempat tu. penumpang2 lain tgk semcm je kat kami berlima. ye la kan, org naik bot turun kat seberang, ktorg terus je patah balik kat jeti. hehehe....
Pastu pikir punya pikir nk g mana plak. k.nana suggest g air terjun sekayu kat kuala berang. aku kata g lunch la dulu pastu decide la nk g ke tak. lepas mkn aku kata xpayah la, letih plak nk drive sbb mcm jauh plak nk g patah balik g kuala berang. lgpon panas, nnt xpasal2 aku sakit kepala. then, we all decided jumpa ptg g makan sotong celup tepong kat pantai. aku n aini check-in kat hotel sri malaysia.
Aku pon call Azma suruh dia joint kami kat KT. Azma smpai kat hotel ktorg lepas asar. gossip2 kejap pastu Ayu call nk g pantai. Azma replace zack plak. hehehe.... Ktorg g la plak pantai teluk ketapang klu aku xsilap la. best makan sotong n keropok kat sana, tapi xcukup. sedih aku. nk makan byk xleh sbb dah habis. k.nana bayar maybe sbb tu best kot. TQVM k.nana...
mlm tu plak aku, aini n azma g dinner kat pizza jer. punya la pikir nk g mkn kat tempat best last2 ktorg jln kaki jer g pizza. aku malas nk drive cari kedai mkn, aku ni jenis buta jln sket klu mlm2. service kat pizza tu mmg la teruk. ktorg habis-habisan kutuk pekerja kat tempat tu. mmg lembab tahap cipan. mlm tu aku tido kekenyangan kat atas lantai beralaskan selimut sbb azma n aini tido atas katil. tapi nyenyak je aku tido.hehehe....
Pagi sabtu tu, awal ktorg bangun. lepas siap2, ktorg g la break1st kat cafe hotel sri malaysia. mcm biasa aku yg paling byk makan. biasa la makan buffet. mesti la ambik byk2. then, ktorg pon check-out dlm pkl 7.30pg n azma balik ke Rusila.
Aku pecut gile drive blk KB, sbb dah lambat. klu drive dari KT ke Jerteh xder masalah. yg tensenye masa masuk jer Pasir puteh, jalan dah start sesak. aku takut giler,xpasal2 plak nnt aini kena marah kat bos dia. aku smpai kat umah aini dlm pkl 10.30, lewat dah tu. aini nk kena tukat baju lagi, pastu ambik files kat ofis. bos dia dah tunggu masa kitorg smpai. hahaha......nasib baik bos aini ok klu tak xtau la.
Hopefully holiday lepas ni well planned la dulu seblm g mana2. tapi biasanya benda yg buat mengejut je yg jadi. hehehe....
p/s: erm, aku lambat update blog kali ni. Fighting!!!
No comments:
Post a Comment