Tuesday, October 27, 2009
Word of Wisdom
Sunday, October 25, 2009
Never Give Up, FIGHTING!!!!
kemana sahaja dgn buku audit....hehehe. g pantai pon bawak sambil hirup udara petang kat pantai teluk gadung.
Saturday, October 17, 2009
Buta Jalan
Friday, October 16, 2009
My Friday
Lepas baca yassin sempat lagi aku ambik gambar kat area kawasan kubur ni. sambil2 mama tengah cuci kubur abah aku pun snap la 2-3 keping gambar. pagi2 ni memang la best tapi basah la sket sbb berembun. matahari baru nak panas masa ni.
saja jer aku nak tgk ok ke tak aku ambik gambar..huhuhu. this is my arwah abah's grave. biasa lepas baca yassin my mama selalu jer cabut2 rumput kat sekeliling tu. dekat ngan kubur abah tu ada kubur nenek sedara aku. boleh dikatakan ramai saudara mara aku yang bersemadi kat kawasan perkuburan ni.
dari kubur, destinasi seterusnya ialah pergi cari barang dapo. aku & mama biasanya memang kuar pagi2 cari keperluan dapo. xsuka sgt ramai2 orang ni. jem lagi la xsuka. xder apa yg menarik masa g shopping ni. lepas shopping, kami terus balik & mama sediakan lunch sebab kawan2 aku dari terengganu nak dtg. kepala aku start sakit dah, sampai umah aku terus telan paracetemol 2biji. suara aku pun xpulih lagi sebenarnya. tido la kejap setengah jam.
then, ayu pun call yg dia dah sampai kat stesen bas langgar, kali ni ayu, Z, tie & yantie dtg kb. terus aku bw g umah n had lunch. lepas semayang jumaat aku bawak diorang g jln2 kat kampung aku, pengkalan kubur. sempat lg aku rembat 2 pasang kain. abis duit gaji guru ganti aku. adoiii... tapi murah rezeki sket ari ni, sebab lepas shopping tu aini plak nak blanja ABC kat pantai sri tujuh. makan lagi...
this was after my class last 2 weeks, aku blanja aini & azma makan lepas diorg jadi tetamu jemputan kat kelas audit aku. sian kat diorang, tak pasal2 kena masuk kelas aku.
aku sampai umah dlm pukul 7.30mlm lepas hantar 4org tu kat umah atuk Z. aku, mama & aini rush balik umah semayang maghrib. lepas isya' kitorg kuar lg. pergi bayar bil-bil telepon plak. onda'way balik tu,baru teringat yg mlm ni ada cite Nur Kasih. hehehe... laju la plak aku bw keter. nak tgk la katakan. lastweek dh terlepas....akhirnya aku sampai umah.
abis la cuti hari jumaat aku. esok aku ada kelas & ada program motivasi plak. nak kena study lg. ahad pon kena g jg. ada kelas ganti. byk lagi silibus x habis. penat nyer... orang cuti aku keje. nasib baik hari ni x kena ngajar, tapi letih gak. mesti dapat tido dgn nyenyak mlm ni. best nyer..
Saturday, October 10, 2009
My Memories.....
Yang paling best masa FESKO ni kelab nasyid uitm terengganu jemput kumpulan In-Team buat persembahan tertutup kat dewan. memang seronak. siap dpt otograp n bergambar lg lg.hehhe...zaman2 muda la katakan. tp aku xtau la gambar tu dh hilang kemana. sedey....
aku memang rindu zaman masa study. memang best teramat sgt. terutamanya masa diploma. nak study balik rasanya..........