Sunday, May 23, 2010

I'M BACK !!!!!

assalamualaikum....... wah terasa dah lama sangat2 tak menulis kat blog ni. tapi mmg realitinya pon. hampir 6 bulan blog ni terbengkalai. sampai aku sendiri pn x berapa nk ingat yg blog ni wujud. lets see, apa yang aku nk tulis utk entry kali ni, beku dah otak sbb dh lama tak menulis.

semalam paper last utk sem ni, subjek yg aku ajar. paper pengurusan pembelian atau nama lainnya purchasing management. 1stime aku ajar subjek ni yang mana mmg 1stime mengetahui kewujudan subjek ni. mula2 agak takut gak nk mengajar, tapi i've taken it as a challage. akhirnya abis gak sem kali ni, walaupun byk halangan dan cabaran yg perlu aku tempuhi. byk pengalaman baru yg aku perolehi dari students kali ni. sem ni pelbagai ragam students yg aku jumpa. agak tekejut juga la dgn tingkahlaku students yg tak pernah aku jumpa.

sem ni juga my students yg jadi bahan ujikaji ku sem lepas dah final sem. jadi dah xde la korang yg best.huhuhu.....sedey nyer. honestly, u all were the best students i ever had. walaupun just 1 sem mengajar kamu sumer, but byk memories yg tercipta. cewahhh.... jiwang la plak. di support plak oleh k.tim n syikin. mmg best la. sem ni bertambah plak ahli baru dalam kelab lecturer perempuan bahagian akaun. azyyati nama nya. hehe.... azy dh la junior aku kat maahad, pastu diploma n degree plak skali kat uitm. jumpa plak kat KTD ni. mmg kita ada jodoh la azy.. but its a great team. best laa korg. love u all !!!!



aku update blog ni sbb ada permintaan student sorg ni. nk suruh tlg carikan dana tuk sambung blaja. kat teeside, UK. ramai jugak la yg dpt offer utk ke sana, mereka memerlukan paling kurang rm80 ribu dlm saving account diorg sebelum g sana. so, dlm usaha mencari dana ni, diorg ni dgn lebih specific nya abd fattah raja'i n tg adnan menyuruh diri ku ini mempromote diorg utk cr dana atau sponsor dlm blog aku. so, klu sapa yg terbaca blog ni, terasa ada duit lbih ke atau mengenali sesiapa yg dpt bantu students ini boleh la menyumbang wang anda kepada mereka ini.

insya'allah blog ni akan kembali hidup sbb students dh cuti sem, dan aku ada la sedikit masa yg baloh aku luangkan utk menulis. to all my students yg akan konvo, congrats sbb dah abis diploma. jgn lupa kami yg masih di KTD, dan hopefully kita akan jumpa lg dilain tempat dan dilain masa. macam rancangan tv la plak. adiossss...... wassalam