Assalamualaikum...... my morning started with a smile when my lil'bro, fariz upload amjad's picture while having breakfast back at kota bharu. sooo sweet right? sitting alone in this house really make me wanna go back to kota bharu. all my housemates have gone back to their hometown because studyweek already started. leaving here alone by myself.
Untuk posting kali ni, topiknya agak berat. nak kata cukup ilmu untuk bahaskan isu ni rasanya tak berapa nak cukup. tapi sekadar coretan isi hati, selama hampir 4 bulan tinggal di s.alam, i have saw a lot of things that i never experienced during my diploma & degree level. specially in term of friends. masa belajar master ni, i have found a very great classmates. diorg ni sangat mementingkan setiakawan, saling backup sesama meraka. i have a great experience meeting you guys.
Tapi banyak juga dugaan yang perlu aku lalui kat sini. kadang2 terasa aku ni tak berapa nak kuat untuk perbetul orang lain. mungkin sebab aku rasa diri aku ni kurang sempurna. pertama kali aku menjumpai orang yang tidak solat, tapi tiada kekuatan untuk mengajak mereka bersama2 sujud padaNya. sekadar indirect way sahaja, solat dihadapannya, membaca alquran dihadapannya. tapi tiada kesan. i have already try to talk about it to that poor person, but hati belum terbuka katanya. dalam setiap doaku, aku memohon agar dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat kerana aku tahu dia seorang yang baik dan memang dia seorang yang baik.
mungkin sebelum ni aku hanya berkawan dengan mereka2 yang tidak berpacaran. tapi disini, kalau xde pakwe tu menjadi satu phenomena yang pelik. aku laa tu. hehehe.... bagi aku kalau nk bercouple pn mesti la berpada2. nak tulis kat sini pn susah, mcm2 gelagat aku tgk. kdg2 terfikir, tidakkah mereka terfikir tentang harga diri mereka yang mungkin sedikit demi sedikit akan susut jika meraka tidak menjaganya dengan baik. tiada pengawasan dari ibubapa tidak bermakna kita tidak diawasi. nama baik keluarga dibawa, jgn smpai terpalit dgn cerita yg kurang sedap didengar oleh org sekeliling.
sweet november is coming soon, meaning umurku akan semakin meningkat. 27 tahun. angkanya sudah meningkat. tapi apa peningkatan yang ada dalam diri aku? ada la sket tahun ni, aku kena bangga dengan pencapaian aku walaupn sekelumit cuma. mcm biasa la, isu sensitif akan timbul, 'bila nak kawin ni cik? umur dah banyak'. tu soalan yang selalu students aku tanya. mmg students2 aku ni tak malu tanya aku soklan tu, siap kata 'kawin la cepat2 cik, nanti jadi andartu'. mmg mulut diorg ni xde insurance. tapi tu hakikatnya. dah nak wat mcmana, Cik korang ni pemalu sangat. maybe sebab tak cantik kot sbb tu xde org nak. honestly mmg terbukti kenyataan tersebut sbb ada one guy secara jujurnya cakap mcm tu. kadang2 terfikir bila masa plak aku cakap aku ni cantik. hehehe...... but, life go on. jodoh pertemuan telah ditetapkan. mungkin ada hikmahnya kenapa aku tak kawin lagi. tak sesuai lagi kot nak kawin, masih keanak-anakan mungkin. mcm2 alasan boleh diberi, tapi kena positive thinking. kalau tak mmg ada masalah jiwa nanti, asyik duk fikir jer.
mmg sensitip posting kali ni. mungkin sbb aku duk sorg2 je kot kat umah ni. mcm2 nk tulis, tapi susah nk luahkan sbb byk hati yg perlu dijaga. termasuk laa hati sendiri. huhuhu... tajuk kat atas xde kena mengena pn ngan post ni. hehehe
occay lah, banyak plak luahan isi hati. malu plak rasanya. hahaha..... see u in the next post. wassalam